MELAKA - Semua anggota Jemaah Menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya membantutkan usaha kerajaan.Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu wajar dijadikan pegangan oleh semua pihak yang masih berada dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan pelbagai kejayaan besar negara ketika ini bertitik tolak daripada keupayaan Perdana Menteri menerajui pentadbiran."Saya percaya bagi pihak kerajaan, secara umumnya kita lihat banyak kejayaan yang Perdana Menteri telah berjaya bawa bukan hanya dari segi reformasi institusi, kedudukan Parlimen yang sekarang lebih bebas berbanding dulu, dan juga tahap keyakinan termasuk daripada para pelabur terhadap kerajaan, terhadap negara kita. Ini beberapa faktor yang sangat positif," katanya.Beliau bercakap kepada media pada program jelajah mesra bersama dengan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek Muhammad Hakimin Mokhtar di Pasar Malam Ayer Molek, di sini pada Khamis.Yang turut serta, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Setiap daripada kita perlu memainkan peranan … jadi, kita semua perlu membantu Perdana Menteri dalam usaha ini dan tidak membantutkan sebarang usaha kerajaan," katanya.Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan petang tadi turut membincangkan pelbagai perkembangan semasa termasuk status Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang hadir pada mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, walaupun Anthony telah menyatakan pendiriannya sebelum ini berhubung peletakan jawatan dalam Kabinet, sebarang keputusan muktamad tentang kedudukan beliau terletak sepenuhnya pada tangan Perdana Menteri."Kita tahu sekarang ini ada pihak yang bertanyakan tentang YB Anthony Loke … beliau hadir selaku Setiausaha Agung Parti DAP dan kita ada membincangkan (perkara itu)."Tetapi, apa-apa komen mengenai kedudukan beliau, beliau telah menyatakan sendiri pendirian beliau. Namun, akhirnya keputusan tu berada pada tangan Perdana Menteri dan sebarang perkara boleh rujuk dengan Perdana Menteri," katanya.Selain itu, Fahmi berkata, mesyuarat Majlis Presiden PH berkenaan turut meneliti perkembangan kempen PRN Melaka ke-16 yang disifatkan berjalan lancar, selain mengaktifkan Majlis Setiausaha PH bagi menyelaraskan persiapan awal menghadapi PRN Sarawak. - Bernama
Jemaah Menteri, komponen Kerajaan Perpaduan perlu bantu PM tadbir negara - Fahmi

Key takeaways
Fahmi menekankan keperluan semua anggota Jemaah Menteri membantu PM dalam mentadbir negara.
- Fahmi menyeru semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan membantu PM Anwar Ibrahim.
- Beliau menyebut kejayaan kerajaan termasuk reformasi institusi dan keyakinan pelabur.
- Mesyuarat PH juga membincangkan status Anthony Loke dalam Kabinet.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Jemaah Menteri, komponen Kerajaan Perpaduan perlu bantu PM tadbir negara - Fahmi (this story)







