SEREMBAN: Kerajaan tidak sepatutnya tergesa-gesa mempertimbangkan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal hanya kerana wujud kelemahan dan percanggahan dalam kalangan anggota Kabinet.
Sebaliknya, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata kerajaan perlu memperbetulkan disiplin serta prestasi pentadbiran terlebih dahulu.
Tegas beliau, masalah kerajaan ketika ini bukan hanya membabitkan prestasi kementerian, malah sikap segelintir menteri yang didakwa cuba menjauhkan diri apabila pentadbiran dikritik.
"Kerajaan Perpaduan seharusnya memberi tumpuan untuk mengambil tindakan terhadap menteri dan parti komponen yang mahu menikmati kuasa, tetapi tidak bersedia memikul tanggungjawab bersama," katanya melalui kenyataan hari ini.









