Valencia: Juara dunia separuh maraton, Agnes Ngetich bakal membuat penampilan sulung dalam acara maraton menerusi Maraton Valencia pada 6 Disember ini.
Pelari Kenya berusia 25 tahun itu sebelum ini mencipta sejarah apabila memecahkan rekod dunia separuh maraton wanita dalam kategori perlumbaan wanita sahaja dengan catatan lebih pantas satu saat pada Kejohanan Larian Dunia, September lalu.
Agnes turut membuktikan kehebatannya apabila muncul juara Kejohanan Merentas Desa Dunia pada Januari lalu.
Lebih menarik, Valencia bukan destinasi asing buat pelari itu apabila dia pernah menjuarai acara separuh maraton di bandar berkenaan pada 2024 dan 2025.









