Abu Dhabi: Polis Abu Dhabi menahan 10 individu susulan pergaduhan di pintu masuk sebuah hotel yang dikaitkan dengan bekas juara kelas bantam UFC, Merab Dvalishvili dan juara kelas ringan PFL, Usman Nurmagomedov.
Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan lapan individu ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham sebelum ini, manakala dua lagi ditahan kerana merakam kejadian berkenaan.
"Polis Abu Dhabi menahan lapan individu yang terbabit dalam pergaduhan di pintu masuk sebuah hotel susulan perselisihan faham sebelum ini.
"Dua individu yang merakam kejadian itu turut ditahan dan tindakan undang-undang sewajarnya sudah diambil terhadap mereka," menurut kenyataan itu.









