BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Islam Makhachev tampil mempertahankan tindakan Usman Nurmagomedov yang didakwa menyerang petarung Georgia, Merab Dvalishvili dalam insiden pergaduhan di sebuah hotel di Abu Dhabi.Makhachev menyifatkan Dvalishvili sebagai individu yang mencetuskan ketegangan sehingga membawa kepada insiden berkenaan sekali gus mempersoalkan sikap pihak yang lantang mengkritik tindakan Usman dan kumpulannya.Menerusi satu hantaran di Instagram, Islam mempersoalkan mengapa pihak yang mengecam Usman sebelum ini berdiam diri ketika Dvalishvili didakwa menampar seorang petarung Dagestan serta menghina maruahnya."Bagi mereka yang kini mengecam Usman dan rakan-rakannya serta melemparkan pelbagai penghinaan, mengapa kamu berdiam diri ketika Merab menyerang seorang ahli gusti Dagestan tanpa sebarang sebab dan menghina maruahnya?"Lelaki itu hanya mendekatinya untuk berbual tanpa sebarang niat buruk. Apa yang berlaku hari ini sebenarnya berpunca daripada tindakan Merab sendiri di tempatnya, apabila dia tergamak memukul tetamu serta menghina ibu lelaki berkenaan," katanya.Ketegangan antara Dvalishvili dan kem Nurmagomedov sebenarnya sudah tercetus sejak Julai lalu apabila bekas juara kelas bantamweight UFC itu didakwa menampar rakan latihan keluarga Nurmagomedov, Ahmed Gadzhimagomedov dalam satu insiden di belakang pentas acara RAF Georgia di Tbilisi.
Islam tampil pertahan Usman, dakwa Merab Dvalishvili punca pergaduhan

Key takeaways
Islam Makhachev mempertahankan Usman Nurmagomedov, menyatakan Merab Dvalishvili yang menampar petarung Dagestan dan menghina maruahnya sebagai penyebab pergaduhan di hotel Abu Dhabi.
- Makhachev menuduh Dvalishvili memicu ketegangan dan menyerang petarung Dagestan.
- Insiden di hotel Abu Dhabi berkaitan dengan tuduhan Dvalishvili menampar rakan latihan Nurmagomedov pada Julai.
- Makhachev mengkritik pihak yang mengecam Usman kerana tidak bertindak ketika Dvalishvili menyerang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Dvalishvili dakwa diserang Usman
- Sinar Harian Islam tampil pertahan Usman, dakwa Merab Dvalishvili punca pergaduhan (this story)









