KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anak lelaki kepada mendiang waris perempuan Genting, Lim Siew Kim untuk menyingkirkan dua pentadbir sementara yang menguruskan harta pusaka bernilai RM1.6 bilion.Hakim Datuk Mahazan Mat Taib menolak permohonan Marcus Chan Jau Chwen terhadap peguam Datuk S. Satharuban dan Khoo Siew Kiat, serta memerintahkan beliau membayar kos RM30,000 kepada kedua-dua pentadbir itu.Mahkamah juga membatalkan injunksi sementara yang menghalang mereka daripada bertindak sebagai pentadbir harta pusaka itu sekali gus membenarkan mereka menyambung semula tugas masing-masing di bawah pengawasan mahkamah.Semasa prosiding, hakim berkata, Marcus gagal membuktikan wujudnya salah laku, pelanggaran tugas yang berterusan, konflik kepentingan yang mewajarkan penyingkiran, atau keadaan lain yang cukup serius sehingga menjustifikasikan penyingkiran mereka."Saya mendapati Marcus gagal mengemukakan alasan yang mencukupi bagi penyingkiran pentadbir bersama sementara (joint administrators pendente lite) berkenaan. Bagaimanapun, penolakan permohonan ini tidak bermakna setiap perbelanjaan atau transaksi yang dilakukan oleh pentadbir-pentadbir itu mendapat kelulusan menyeluruh.""Kewajipan mereka untuk merekodkan aset harta pusaka, mematuhi perintah pelantikan, serta mengemukakan kos dan upah mereka untuk semakan, kekal tidak terjejas," katanya.Menyentuh mengenai dakwaan campur tangan dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan harta pusaka tersebut, Mahazan berkata, pentadbir harta pusaka tidak berhak mengklasifikasikan liabiliti syarikat-syarikat berkenaan sebagai hutang harta pusaka, semata-mata atas dasar bahawa Siew Kim memegang saham dalam entiti-entiti tersebut.Beliau berkata, pentadbir harta pusaka tetap bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan harta pusaka, yang mungkin merangkumi usaha mendapatkan maklumat berkaitan serta mengambil tindakan yang sah di sisi undang-undang bagi melindungi nilai pegangan saham berkenaan.Bagaimanapun, hakim memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk membuktikan wujudnya campur tangan yang menyalahi undang-undang dalam urusan syarikat atau penyalahgunaan dana harta pusaka yang mewajarkan penyingkiran pentadbir-pentadbir itu.Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu tidak menyentuh kesahihan wasiat Siew Kim mahupun menentukan hak penerima-penerima harta pusaka.Siew Kim, yang meninggal dunia akibat kanser pada Julai 2022 ketika usia 73 tahun, meninggalkan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki dan harta pusaka beliau kini diuruskan oleh pentadbir sementara di tengah-tengah pertikaian keluarga yang masih berlanjutan berhubung kesahihan wasiat beliau.Mahkamah Tinggi pada 27 November 2023 melantik peguam Datuk Satharuban Sivasubramaniam dan Khoo Siew Kiat sebagai pentadbir untuk menguruskan harta pusaka tersebut.Mereka mengambil alih pentadbiran itu selepas dua anak perempuan Siew Kim, iaitu Chan T’shiao Li dan Kimberly Chan T’shiao Mii
Mahkamah tolak permohonan cucu pengasas Genting singkir pentadbir harta pusaka

Key takeaways
Mahkamah menolak permohonan Marcus Chan untuk menyingkirkan pentadbir harta pusaka bernilai RM1.6 bilion.
- Hakim menolak permohonan Marcus Chan terhadap dua pentadbir harta pusaka.
- Mahkamah memerintahkan Marcus membayar kos RM30,000 kepada pentadbir itu.
- Pentadbir diperintahkan menyambung tugas di bawah pengawasan mahkamah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Harian Metro , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Mahkamah tolak permohonan cucu pengasas Genting singkir pentadbir harta pusaka (this story)





%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

