SUNGAI PETANI – Mayat seorang wanita ditemukan terapung tanpa pakaian di sungai berhampiran Pekan Lama di sini pada Khamis, dikesan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan alat sulit.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kecederaan itu berkemungkinan akibat kesan gigitan haiwan."Kita kenal pasti kecederaan di muka dan alat sulit mungkin akibat dimakan haiwan."Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya.Sebelum ini, media melaporkan, orang ramai yang melalui kawasan berkenaan terkejut selepas melihat mayat manusia dalam keadaan mereput terapung di lokasi kejadian.Menurut Hanyan, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai ahli keluarga dilaporkan hilang supaya tampil membantu siasatan polis.Katanya, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat wanita terapung tanpa pakaian dikesan cedera di muka, alat sulit

Key takeaways
Mayat wanita terapung tanpa pakaian ditemui di Sungai Petani, Pekan Lama, dengan kecederaan di muka dan alat sulit, kemungkinan akibat gigitan haiwan. Polis menerima laporan sekitar 1.30 petang dan meminta keluarga hilang melaporkan.
- Mayat ditemui terapung tanpa pakaian di Sungai Petani, Pekan Lama.
- Kecederaan di muka dan alat sulit disyaki akibat gigitan haiwan.
- Polis menerima laporan sekitar 1.30 petang dan meminta keluarga hilang melaporkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kuantan
- Free Malaysia Today Mayat wanita ditemukan terapung di Sg Kuantan
- Utusan Malaysia Mayat disyaki wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
- Sinar Harian Mayat wanita terapung tanpa pakaian dikesan cedera di muka, alat sulit (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)