Kuala Lumpur: Mayat lelaki warga India ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang ini.
Penemuan itu menjadikan tujuh daripada lapan mangsa tragedi berkenaan berjaya ditemui manakala seorang lagi masih hilang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat ketujuh ditemui jam 3.40 petang tadi di kawasan pencarian Sektor C.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Rasa pada jam 4.45 petang.









