Shah Alam: Belanjawan Selangor 2027 tidak melupakan peranan penunggang p-hailing di negeri ini yang sering terdedah kepada risiko kehilangan pendapatan jika ditimpa sakit atau terbabit kemalangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyedari 'jasa' dimainkan penunggang p-hailing dalam sektor logistik tanpa mengira panas mahupun hujan.

"Walaupun hasrat awal industri gig hanyalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sementara, namun kita sedar bahawa masih ramai penunggang p-hailing yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan tetap.

"Ia lantaran kemahiran yang dimiliki tidak sepadan dengan keperluan pekerjaan. Bagi mengatasi cabaran ini, kerajaan negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig sebanyak RM100 sebulan bersamaan RM1,200 setahun.