Kota Tinggi: Wanita yang dilaporkan hilang semalam ditemui lemas di Sungai Johor berhampiran Kampung Tembioh di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa warga tempatan berusia 32 tahun itu ditemui terapung dan tidak sedarkan diri oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dibantu nelayan tempatan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada jam 5.36 petang semalam selepas kali terakhir dikesan di sekitar Bandar Kota Tinggi.
"Bertindak atas maklumat, polis membuka kertas siasatan orang hilang dan menggerakkan sepasukan pegawai polis diketuai Ketua Polis Balai Kota Tinggi, Asisten Superintendan Abd Rahim Idris bagi mengesan keberadaan mangsa.









