KLUANG: Tindakan seorang duda mengunjungi seorang wanita yang masih dalam tempoh edah membawa padah apabila mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), awal pagi tadi.
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah kedai di daerah ini selepas disyaki berkhalwat hasil maklumat orang awam.
Pasangan berusia 27 dan 26 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan JAINJ kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
Menurut JAINJ, ketika pemeriksaan dijalankan, penguat kuasa mendapati pintu pagar besi rumah kedai itu tidak berkunci sebelum mereka naik ke tingkat atas kediaman menempatkan beberapa bilik sewa.








