NILAI: Tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dirakam ditinggalkan ibu bapanya dalam kejadian dipercayai berhampiran Plaza Tol Nilai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Lebih sayu apabila rakaman tular itu memaparkan kanak-kanak berkenaan cuba mengejar kereta dinaiki ibu bapanya dan cuba berpaut pada pintu belakang kenderaan itu, namun terjatuh ke atas jalan dan dikatakan mengalami luka beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang tular di media sosial, kira-kira jam 11 malam.

"Video berdurasi kira-kira seminit itu dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain dan kejadian dikatakan berlaku di kawasan Plaza Tol Nilai.