RANTAU PANJANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 1,572 naskhah buku Yasin dan Tahlil mengandungi teks tulisan rumi meragukan dan melanggar peraturan berkaitan percetakan serta pengimportan bahan al-Quran.
Komander AKPS Rantau Panjang, Siti Khadijah Hamzah berkata rampasan itu dilakukan hasil operasi penguatkuasaan di bahagian pemeriksaan kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini 5 November lalu.
Beliau berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kelantan.
"Ketika pemeriksaan terhadap sebuah lori, anggota penguat kuasa menemui 63,500 naskhah bahan al-Quran pelbagai judul.










