HULU SELANGOR: Seramai 34 individu daripada empat kumpulan berasingan berada di kawasan Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini, ketika kejadian kepala air petang semalam, dengan lapan dihanyutkan arus manakala 26 lagi terselamat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail, berkata tujuh mangsa yang dihanyutkan arus adalah daripada sekumpulan 14 individu yang berada di kawasan berkenaan.
"Daripada jumlah itu, tiga berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi diselamatkan anggota bomba.
"Tujuh individu dihanyutkan arus, termasuk seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.









