SHAH ALAM - Beberapa individu yang mendakwa meninggalkan pegangan Islam menerusi video tular baru-baru ini dipercayai berada di luar negara.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap penularan beberapa rakaman video yang memaparkan pengakuan individu terbabit."Individu berkenaan turut mengaitkan tindakan meninggalkan Islam dengan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (TAROPAL)."Perkara ini turut mengambil kira maklumat bahawa individu yang dikaitkan dengan video berkenaan dipercayai berada di luar negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular di media sosial beberapa individu mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam yang didakwa 'versi' Jakim.Dalam pada itu, Sirajuddin berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-124 yang bersidang pada 26 hingga 28 Jun 2024 telah memutuskan bahawa ajaran TAROPAL adalah sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.Katanya, pihak berkuasa agama negeri bersama agensi keselamatan sentiasa meneliti perkembangan isu berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing."Jakim dan pihak berkuasa agama negeri akan terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap asas akidah Islam yang sahih."Usaha itu berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi memastikan umat Islam sentiasa teguh dengan ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Individu tular dakwa keluar Islam dipercayai berada di luar negara

Key takeaways
Beberapa individu yang mendakwa keluar daripada Islam dipercayai berada di luar negara, menurut Jakim.
- Individu yang tular di media sosial mendakwa keluar daripada Islam.
- TAROPAL diklasifikasikan sebagai ajaran yang sesat dan bercanggah dengan Islam.
- Jakim dan pihak berkuasa agama akan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang aqidah Islam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Tular 6 lelaki buat pengakuan keluar 'Islam JAKIM'
- Sinar Harian Individu tular dakwa keluar Islam dipercayai berada di luar negara (this story)








