Melaka: Rakyat boleh menilai pencapaian kerajaan negeri yang didakwa sudah melaksanakan 97 peratus janji manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri sudah melaksanakan sebahagian besar komitmen yang dijanjikan menerusi manifesto pilihan raya sebelum ini.

"Saya tak perlu nak perincikan, tetapi kita tahu kita kerajaan, kita telah buat dan kita telah melaksanakan 97 peratus daripada semua manifesto pilihan raya yang telah kita laksanakan.

"Kalau saya nak perincikan, memang tak payah cerita manifesto yang akan datang. Itu terserah kepada mereka untuk menilai.