MELAKA: Rakyat boleh menilai sendiri pencapaian kerajaan negeri yang sudah melaksanakan 97 peratus daripada janji manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri sudah melaksanakan sebahagian besar komitmen yang dijanjikan menerusi manifesto pilihan raya sebelum ini.
"Saya tak perlu nak perincikan tetapi sebagai kerajaan kita telah melaksanakan 97 peratus daripada semua manifesto pilihan raya yang telah kita laksanakan.
"Kalau saya nak perincikan, memang tak payah cerita manifesto yang akan datang. Itu terserah kepada mereka untuk menilai.










