MEXICO CITY: Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Binance, Kaiser Ng, akan meninggalkan syarikat itu bagi meneroka peluang baharu, menurut pengumuman bursa mata wang kripto terbesar dunia itu, beberapa hari selepas penggodam mencuri aset kripto bernilai AS$6.3 bilion daripada platform berkenaan dalam satu kecurian terbesar pernah direkodkan.

"Kaiser Ng memutuskan untuk meneroka peluang baharu selepas lebih lima tahun bersama Binance, dengan pelan peralihan tugas sudah dilaksanakan sejak enam bulan lalu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Binance, Yi He, dalam satu kenyataan.

Justin Yek, eksekutif kewangan berpengalaman yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden kewangan di Airwallex, akan mengambil alih jawatan CFO.