Tokyo: Bekas jurulatih Jepun, Takeshi Okada meletak jawatan sebagai naib presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selepas tidak sehaluan dengan beberapa tindakan berkaitan kontroversi Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Okada, yang pernah membimbing Jepun pada Piala Dunia 1998 dan 2010, mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu, seminggu selepas Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Sheikh Salman Ebrahim al-Khalifa menyatakan sokongan rantau itu terhadap usaha Gianni Infantino untuk dipilih semula sebagai Presiden FIFA.
Okada berkata, keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri selepas pertimbangan mendalam, dengan pendiriannya berhubung integriti sukan menjadi antara perkara utama yang mendorong tindakan berkenaan.









