SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif, berkata litar berkenaan juga akan membangunkan sumber pendapatan tambahan di tengah-tengah peningkatan kos operasi.
"Harapan kami adalah untuk menyemak semula harga berkenaan dan memastikan sebarang kenaikan tidak terlalu membebankan peminat. Namun, kami perlu menyemak semula harga kerana kos kami telah meningkat.
"Kali terakhir semakan harga, saya rasa, adalah pada 2022 iaitu selepas COVID-19. Kita juga perlu melihat bidang lain di sekitar SIC yang boleh menjana perolehan bagi menampung kenaikan yuran hak penganjuran yang perlu kita bayar pada masa hadapan," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini, hari ini.








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)