KUALA LUMPUR: Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang di Nepal, perlu menunggu sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan lagi bagi mendapatkan sijil kematian, walaupun negara itu sudah memendekkan tempoh menunggu daripada 12 tahun kepada 45 hari.

Jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan, berkata sijil berkenaan amat diperlukan mereka bagi membolehkan waris mengakses aset mangsa untuk menyelesaikannya liabiliti tertunggak.

"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan, sebab itulah kami menyuarakan kebimbangan," katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, hari ini.

Mengikut undang-undang Nepal sebelum ini, seseorang yang hilang hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia secara sah selepas 12 tahun.