KUALA LUMPUR: Empat Klinik Kesihatan (KK), termasuk dua di Sabah dan satu di Sarawak, akan dijadikan Hospital Cottage bagi memperluas akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat, terutamanya di kawasan pedalaman.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata empat KK yang dikenal pasti adalah KK Nabawan dan Telupid di Sabah, KK Tekek di Pulau Tioman serta KK Sungai Asap di Sarawak.

Beliau berkata, Hospital Cottage akan diwujudkan bagi kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada hospital.

"KKM akan menaik taraf klinik kesihatan terpilih dengan kemudahan dan wad pemerhatian.