PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 11 sebatan terhadap seorang guru besar kerana menghasilkan bahan pornografi dan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap seorang murid tahun enam, lima tahun lepas.Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Noorin Badaruddin, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, menolak rayuan Anuar Kintan terhadap sabitan menghasilkan bahan pornografi.Panel itu turut mengetepikan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan amang seksual secara fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun ketika kejadian.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh atas pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun serta tiga sebatan.Hakim Noorin yang membacakan keputusan sebulat suara itu turut memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan secara berasingan, dan mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Anuar, 59, supaya tertuduh memulakan hukuman penjara hari ini.Sebelum ini, Anuar memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.Sementara itu, mahkamah mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan ketiga dan keempat, masing-masing melibatkan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu dan mengeluarkan kata-kata dengan niat supaya didengari mangsa bagi tujuan seksual.Hakim Noorin yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata mangsa telah memberikan keterangan secara langsung dengan mengenal pasti tertuduh sebagai orang yang telah mengambil gambar-gambar tersebut, dan keterangannya telah dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Sesyen yang menerimanya.Beliau berkata kewujudan gambar-gambar itu turut disokong oleh pemeriksaan forensik yang mengenal pasti imej berkenaan dalam telefon bimbit Realme milik Anuar.Bagi pertuduhan kedua, Hakim Noorin berkata mahkamah tidak bersetuju bahawa keterangan alibi yang dikemukakan Anuar telah menimbulkan keraguan munasabah.Pihak pembelaan telah mengemukakan alibi, iaitu isteri Anuar telah memberikan keterangan bahawa tertuduh berada di rumah bersama beliau dan bukan di sekolah ketika kejadian berlaku.Hakim Noorin berkata keterangan rakan mangsa telah memberikan sokongan material kepada kes pendakwaan mengenai kehadiran tertuduh di sekolah pada 3 April 2021 dan pergerakannya bersama mangsa dan oleh itu keterangan alibi yang dikemukakan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah.Pada 19 April 2024, Mahkamah Sesyen mendapati Anuar bersalah atas pertuduhan pertama, iaitu menghasilkan bahan pornografi dengan mengambil gambar mangsa, dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta dua sebatan.Mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman penjara tambahan satu tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.Bagaimanapun, Mahkamah S