Kuala Lumpur : Pelakon, Nadhir Nasar, 30, menyifatkan setiap orang mempunyai cara pemikiran tersendiri terhadap apa sahaja perkara sama ada disukai atau sebaliknya mengikut kehendak masing-masing.

Nadhir berkata, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang walaupun sudah memberi yang terbaik dalam karya dibintangi kerana permintaan ramai itu ada bermacam-macam.

"Cuma, saya tidak ada Threads. Jadi, untuk komen-komen daripada netizen di media sosial itu terserah mereka nak tulis apa mengenai lakonan saya. Memang saya okay sahaja terima komen-komen diluahkan.

"Bagi saya, kenapa kita nak semua orang suka kita? Mereka ada hak untuk suka atau tidak, asalkan kita sendiri sudah cuba buat sebaik mungkin dalam karakter yang dibawa itu," katanya kepada Harian Metro ditemui pada sidang media drama Bayangan Dendam.