Madrid: Angka korban akibat perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di tengah Sepanyol hari ini meningkat lebih dua kali ganda kepada sekurang-kurangnya 64 orang, menurut kerajaan wilayah Castilla-La Mancha, menjadikan insiden itu lebih buruk berbanding nahas tren yang meragut banyak nyawa berhampiran Adamuz pada Januari.

Perlanggaran itu berlaku pada pagi Rabu berhampiran Urda, kira-kira 130 kilometer ke selatan Madrid, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) yang memetik jurucakap kerajaan wilayah Esther Padilla ketika bercakap kepada televisyen Sepanyol.

Menurut penyiar awam Sepanyol RTVE, dua gerabak tren yang dikendalikan syarikat kereta api swasta Iryo tergelincir daripada landasan akibat perlanggaran itu sebelum terjunam ke bawah benteng landasan kereta api.