KUALA LUMPUR - Isu agihan kerusi dalam Barisan Nasional (BN) yang melibatkan ketidakpuasan hati parti komponennya, MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah mencapai persetujuan, malah penyertaan MCA sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dalam BN akan diperhalusi dan ditambah baik."MCA terima seadanya dan pastinya penyertaan MCA mewakili kaum Cina juga diperhalusi untuk ditambah baiklah. Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam ini.Mengulas perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, jentera parti telah diberikan arahan supaya menumpukan gerak kerja di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi BN pada PRN itu.Beliau berkata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai bapa angkat bagi kawasan tertentu turut diminta membantu jentera BN Melaka bagi memastikan kemenangan di semua kerusi berkenaan."Setiap undi amat penting kepada kita bagi mempertahankan 21 kawasan yang kita pertandingkan," katanya.Beliau turut mengesahkan bahawa perjanjian persefahaman dengan parti-parti komponen BN berhubung gerak kerja pilihan raya telah dimuktamadkan dan disempurnakan.Semalam, Ab Rauf dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berjaya merungkai beberapa kebuntuan berhubung agihan kerusi bagi PRN Melaka yang dijadual berlangsung bulan depan.Ab Rauf, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Melaka menyifatkan hasil perbincangan itu sebagai positif.Sebelum ini, MCA dilaporkan tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN untuk bertanding pada PRN Melaka tanpa persetujuan kepimpinan tertingginya.Pada Sabtu lepas, BN mengumumkan calonnya bagi 21 kerusi DUN, termasuk dua calon MCA, iaitu penyandang DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem dan penyandang DUN Kelebang, Datuk Lim Ban Hong.Hari penamaan calon PRN Melaka akan diadakan pada Sabtu ini manakala undi awal dan hari pengundian masing-masing ditetapkan pada 10 dan 14 November ini. - Bernamalaka, Ab Rauf, BN, MCA, kerusi DUN
PRN Melaka: Agihan kerusi BN selesai, penyertaan MCA akan diperhalusi - Ab Rauf

Key takeaways
Isu agihan kerusi BN Melaka selesai dengan persetujuan, penyertaan MCA akan diperbaiki.
- Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh menyatakan isu agihan kerusi selesai.
- MCA akan diperhalusi untuk mewakili masyarakat Cina dalam BN.
- BN akan fokus pada 21 kerusi DUN untuk PRN Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Agihan kerusi PN-BN di PRN Melaka guna konsep penyandang
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Rundingan khas agihan kerusi BN, MCA selesai, kata Zahid
- Harian Metro Agihan kerusi MCA bagi PRN Melaka selesai - Ab Rauf
- Berita Harian Agihan kerusi MCA bagi PRN Melaka selesai - Ab Rauf
- Sinar Harian PRN Melaka: Agihan kerusi BN selesai, penyertaan MCA akan diperhalusi - Ab Rauf (this story)








