KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang telah diumumkan."Kita telah umumkan 21 kerusi. Sekiranya ada apa-apa perubahan, kita serah kepada pimpinan untuk umumkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park@Pantai Dalam, malam ini.Beliau berkata PH akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan dan keupayaan gabungan itu sendiri, selain mengambil kira faktor strategik dan taktikal dalam menentukan penyertaan pada PRN berkenaan."Kita tahu esok ada beberapa parti lain yang akan umumkan calon-calon mereka. Itu hak mereka, tapi kita buat pertimbangan atas dasar perkiraan kemampuan dan keupayaan Pakatan Harapan sendiri," katanya.Media sebelum ini melaporkan PH bakal menambah tiga kerusi untuk ditandingi pada PRN berkenaan, dengan PKR mendapat satu kerusi tambahan, manakala Amanah memperoleh dua lagi kerusi.Perkembangan itu jika dimuktamadkan akan menyaksikan jumlah kerusi yang ditandingi PH meningkat kepada 24 berbanding 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. - Bernama
PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan gabungan - Fahmi

Key takeaways
Pakatan Harapan (PH) kekal bertanding di 21 kerusi PRN Melaka, dengan sebarang perubahan bergantung kepada keputusan pimpinan gabungan.
- PH akan fokus kepada 21 kerusi yang telah diumumkan.
- Perubahan penyertaan bergantung kepada keputusan pimpinan gabungan.
- PH akan pertimbangkan kemampuan dan faktor strategik sebelum keputusan akhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Akmal, Rauf kekal di kerusi selamat, MCA 'berang' dapat dua kerusi
- Malaysiakini (BM) PH umum 21 calon, tujuh kerusi terbuka untuk Bersatu
- Sinar Harian PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan gabungan - Fahmi (this story)
- Berita Harian PH kekal tanding 21 kerusi PRN Melaka








