WASHINGTON - Gangguan penghantaran bijirin, tanaman yang terancam akibat cuaca buruk serta kos bahan api dan baja yang tinggi dijangka mendorong kenaikan ketara harga makanan pada tahun depan, menurut Bank Dunia pada Rabu.Harga makanan diramalkan meningkat kira-kira 10 peratus tahun ini berbanding 2025, diikuti kenaikan tambahan sebanyak tujuh peratus pada 2027, menurut institusi yang berpangkalan di Washington itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Harga tenaga dijangka meningkat dengan lebih ketara tahun ini, dengan Bank Dunia meramalkan kenaikan hampir satu pertiga berbanding 2025. Bagaimanapun, harga tenaga dijangka menurun pada 2027.Kenaikan mendadak itu sebahagian besarnya berpunca daripada perang yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang menyebabkan penghantaran komoditi melalui Selat Hormuz hampir terhenti sepenuhnya. Selepas beberapa bulan berlalu sejak konflik bermula, aktiviti perkapalan melalui laluan strategik itu masih berada di bawah paras sebelum perang.Secara keseluruhan, Bank Dunia menjangkakan harga komoditi meningkat sebanyak 23 peratus tahun ini sebelum kembali menurun pada 2027."Unjuran ini mengandaikan tiada peningkatan besar dalam konflik yang menjejaskan bekalan komoditi global," menurut Bank Dunia.Bagaimanapun, institusi itu memberi amaran: "Harga tenaga boleh meningkat lebih tinggi sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing dan kerosakan terhadap infrastruktur minyak Rusia berterusan."Bank Dunia turut memberi amaran bahawa harga tenaga yang lebih tinggi daripada jangkaan atau kesan fenomena cuaca El Nino yang lebih buruk boleh mencetuskan krisis makanan.Krisis sedemikian boleh menyebabkan lebih ramai penduduk jatuh ke dalam kemiskinan tegar, seperti yang berlaku pada awal 2010-an.Bank Dunia mentakrifkan kemiskinan tegar sebagai keadaan hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$3 sehari. Institusi itu menganggarkan kira-kira 811 juta penduduk di seluruh dunia kini tergolong dalam kategori itu. - Bernama
Harga makanan global dijangka meningkat lebih tinggi pada 2027, Bank Dunia beri amaran

Key takeaways
Bank Dunia meramalkan kenaikan harga makanan sebanyak 10 peratus pada 2026 dan 7 peratus pada 2027 disebabkan oleh gangguan penghantaran dan cuaca buruk.
- Kenaikan harga makanan disebabkan oleh gangguan penghantaran bijirin dan cuaca buruk.
- Bank Dunia memperingatkan kenaikan harga tenaga jika konflik Asia Barat meruncing.
- Harga komoditi dijangka meningkat 23 peratus pada 2026 sebelum menurun pada 2027.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kenaikan harga baja ancam bekalan makanan Afrika
- Sinar Harian Harga makanan global dijangka meningkat lebih tinggi pada 2027, Bank Dunia beri amaran (this story)








