DOHA: Negara-negara Afrika berdepan tekanan ekonomi susulan konflik berterusan di Asia Barat apabila kenaikan harga bahan api dan baja dijangka meningkatkan kos makanan.
Menteri-menteri perdagangan rantau itu dan pegawai kanan perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis berkenaan boleh menjejaskan bekalan makanan, khususnya jika harga baja terus meningkat.
Pengarah Bahagian Perdagangan Antarabangsa dan Komoditi di Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Luz Maria de la Mora berkata, krisis di Selat Hormuz susulan perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran perlu diselesaikan secepat mungkin.
Menurutnya, kenaikan mendadak harga baja menyebabkan banyak negara mengurangkan penggunaannya, sekali gus berpotensi menjejaskan hasil tanaman tahun depan.









