SHAH ALAM – UMNO mengesahkan kerjasama politik dengan Pas dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 termasuk melancarkan manifesto pilihan raya bersama antara Barisan Nasional (BN) dan PN.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Rabu.Justeru, beliau berkata, UMNO mengarahkan seluruh jentera dan penyokong parti supaya memberikan sokongan penuh kepada calon-calon PN yang akan bertanding pada pilihan raya negeri berkenaan."Bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16."Kami turut bersetuju untuk BN dan PN melancarkan manifesto pilihan raya bersama bagi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta meneruskan kecemerlangan pentadbiran dan pembangunan negeri yang telah dilaksanakan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut Asyraf Wajdi, kepimpinan dan jentera parti turut diseru supaya mengamalkan budaya kempen yang berhemah serta berakhlak sepanjang tempoh pilihan raya.Beliau berkata, semua pihak perlu mengelakkan sebarang bentuk fitnah, penghinaan atau serangan peribadi terhadap parti lawan demi memastikan suasana kempen yang matang dan harmoni.Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, supaya menarik balik arahan pembatalan projek-projek yang melibatkan kepentingan rakyat, terutama di Sabah dan Sarawak.Menurutnya, projek pembangunan luar bandar termasuk pembinaan jalan raya serta penyediaan bekalan air dan elektrik luar bandar perlu diteruskan demi kesejahteraan serta pembangunan masyarakat setempat.
PRN Melaka: UMNO setuju bekerjasama dengan PN, bakal lancar manifesto BN-PN

Key takeaways
UMNO bersetuju bekerjasama dengan PN dan Pas untuk PRN Melaka ke-16 dan akan melancarkan manifesto bersama.
- UMNO mengesahkan kerjasama politik dengan PN dan Pas untuk PRN Melaka.
- Manifesto pilihan raya bersama BN dan PN akan dilancarkan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
- Jentera UMNO diminta memberikan sokongan penuh kepada calon PN yang bertanding.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Penentu Umno perlu PAS PRU16, kata penganalisis
- Utusan Malaysia BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi
- Sinar Harian PRN Melaka: UMNO setuju bekerjasama dengan PN, bakal lancar manifesto BN-PN (this story)








