JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO berikrar untuk mengelakkan pendekatan berkempen secara negatif, sebaliknya komited mengamalkan budaya politik matang, sihat dan profesional sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, jentera pemuda akan beri tumpuan kepada memenangi sokongan pengundi berdasarkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang cemerlang selama ini.

Menurutnya, medan pilihan raya sepatutnya dijadikan platform menawarkan perkhidmatan terbaik dan bukannya pentas mencari kesilapan atau kesalahan pihak lawan.

“Hari ini saya mengajak dan menyeru jentera pemuda untuk memastikan kita bergerak secara lebih profesional dengan menyuarakan apa yang kerajaan BN telah laksanakan sejak 1957 hingga 2018, dan kini kita diberi mandat semula.