SHAH ALAM – UMNO dan Pas memberi isyarat meneruskan agenda penyatuan ummah menerusi pertemuan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Perkembangan itu dikongsikan kedua-dua pemimpin itu menerusi hantaran di media sosial pada Ahad, selepas pertemuan yang disifatkan sebagai penuh persaudaraan itu.Muhamad Akmal berkata, usaha penyatuan ummah yang dimulakan sebelum ini akan diteruskan dan dipelihara, selain menyambut baik kunjungan Afnan Hamimi bersama barisan Pemuda Pas ke Melaka."Kita yang memulakan, insya-ALLAH kita akan teruskan dan pelihara penyatuan ummah ini."Kita birukan Melaka dengan penyatuan ummah ini," katanya.Sementara itu, Afnan Hamimi turut menegaskan agenda penyatuan ummah akan terus digerakkan menerusi pertemuan berkenaan."Insya-ALLAH gelombang biru akan menerjah."Kat mana? Melaka lerrr," katanya menerusi hantaran di media sosial.Pada masa sama, Ahli Parlimen Alor Setar itu turut berkongsi beberapa gambar pertemuan itu dengan kapsyen ringkas yang menegaskan kesinambungan agenda berkenaan."Malam tadi, biar gambar berbicara."Penyatuan ummah terus melangkah," katanya.
Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka

Key takeaways
UMNO dan Pas memberi isyarat meneruskan agenda penyatuan ummah melalui pertemuan antara pemimpin masing-masing.
- UMNO dan Pas mengadakan pertemuan untuk menyatukan ummah.
- Pemimpin masing-masing menyatakan komitmen teruskan agenda penyatuan.
- Pertemuan dianggap penuh persaudaraan dan positif.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Rombak semula aspek keselamatan sekolah – Pemuda UMNO
- Malaysiakini (BM) Nama Zahid tak patut dikait semula dengan LCS, kata Exco Pemuda Umno
- Malaysiakini (BM) Lighad bukan liwat: Pemuda Umno tuntut maaf, See-To salahkan Anwar
- Free Malaysia Today Beri Umno satu pertiga kerusi di negeri ditadbir PAS, kata Nur Jazlan
- Sinar Harian Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka (this story)








