KELAB dari Brunei DPMM FC dan Selangor FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala FA 2026 selepas melepasi halangan masing-masing pada aksi suku akhir kedua malam ini.DPMM FC menyingkirkan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 4-3, manakala Selangor FC melangkah ke pusingan seterusnya menerusi kemenangan agregat 6-4 ke atas Star City FC.Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, DPMM FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada perlawanan suku akhir pertama di Bandar Seri Begawan.Gol tunggal perlawanan dijaringkan seawal minit ke-11 apabila penyerang DPMM FC, Jordan Murray, menyudahkan hantaran jauh Tommy Mawat Bada untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan.Pada aksi separuh akhir nanti, DPMM FC bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT).Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir meskipun tewas 2-3 kepada Star City FC pada aksi malam ini.Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Selangor FC membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi tandukan Zikri Khalili yang menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut.Skuad Gergasi Merah menggandakan kelebihan pada minit ke-34 apabila Vitor Pernambuco meledak gol kedua untuk membolehkan tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.Bagaimanapun, Star City FC bangkit pada babak kedua apabila Moses Atede merapatkan jurang pada minit ke-62 sebelum Pedro Santos menyamakan kedudukan pada minit ke-75.Ramon Machado kemudian melengkapkan kebangkitan pasukan pelawat menerusi gol pada minit ke-90, namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor FC daripada mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-4.Selangor FC kendlian Kim Pan Gon akan menentang Kuching City FC pada aksi separuh akhir nanti. - Bernama
DPMM FC, Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA

Key takeaways
DPMM FC dan Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA 2026 selepas menang agregat masing-masing.
- DPMM FC menyingkirkan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 4-3.
- Selangor FC melangkah ke separuh akhir menerusi kemenangan agregat 6-4.
- DPMM FC akan berlawan dengan juara bertahan JDT di separuh akhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Piala FA: DPMM FC mara ke separuh akhir, singkirkan KL City
- Sinar Harian DPMM FC, Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA (this story)








