IMPIAN skuad wanita Bawah 17 Tahun (B-17) negara untuk mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2027 di China tidak kesampaian apabila tewas 0-4 kepada India dalam aksi terakhir Kumpulan E kempen kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.India mempamerkan aksi agresif sejak awal permainan sebelum membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh Redima Chingkhamayum pada minit ke-28 yang menewaskan benteng pertahanan negara.Bersambung babak kedua, India terus menghukum kelemahan skuad negara apabila Pritika Barman menggandakan kelebihan pada minit ke-51, sebelum Anushka Kumari meledak gol ketiga tiga minit kemudian menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti.Penjaga gol negara, Putri Aina Husna Mohd Subri, bagaimanapun, wajar diberikan pujian apabila bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya lawan bagi mengelak Malaysia daripada dibolosi lebih banyak gol.Malaysia cuba bangkit untuk merapatkan jurang, namun jentera serangan negara gagal menembusi benteng pertahanan India yang kental sebelum Nidhi Kumar melengkapkan kemenangan pasukannya menerusi gol keempat pada minit ke-86.Terdahulu, skuad muda negara memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan apabila menewaskan Syria 1-0, sebelum membelasah Iraq 4-0 dalam perlawanan kedua.Mengikut format kejohanan, lapan juara kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2027 di China, menyertai empat pasukan yang sudah mengesahkan tempat, iaitu juara bertahan Korea Utara, Jepun, Australia dan tuan rumah China.Kejohanan itu dijadual berlangsung dari 31 Mac hingga 17 April 2027. - Bernama, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2027, India
Impian Malaysia B-17 ke Piala Asia lebur di tangan India

Key takeaways
Skuad wanita B-17 Malaysia gagal melangkah ke Piala Asia 2027 selepas kalah 0-4 daripada India.
- India menewaskan Malaysia 0-4 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.
- Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas Syria dan 4-0 ke atas Iraq.
- Lapan juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Skuad wanita B-17 buru tiket Piala Asia
- Harian Metro India belasah Malaysia, lebur impian ke Piala Asia
- Berita Harian India lebur hasrat Malayan Tigress B-17 ke Piala Asia
- Sinar Harian Impian Malaysia B-17 ke Piala Asia lebur di tangan India (this story)








