KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pempengaruh media sosial Lim Sian See telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini bagi diambil keterangan berhubung hantaran di media sosialnya.Menurut sumber, Sian See nama sebenarnya Datuk Eric See-To dibawa ke IPD Dang Wangi pada 12.45 tengah malam Ahad sebelum kes itu dirujuk ke Bukit Aman.Sumber itu berkata, Sian See kemudian telah dibebaskan atas jaminan polis.Sian See dilapor mempersoal penggunaan perkataan "lighad" dalam teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.Dalam hantaran itu, Sian See mempersoal perkataan berkenaan sebelum mengaitkannya secara sinis dengan perkataan lain.Perkataan "lighad" yang digunakan itu merujuk kepada esok atau masa hadapan, dipetik daripada Surah al-Hasyr ayat 18. - Bernama
Isu lighad: Eris See-To dipanggil beri keterangan berhubung hantaran di media sosial

Key takeaways
Pempengaruh media sosial Eris See-To dipanggil polis berhubung hantaran mengenai perkataan 'lighad' dalam ucapan Perdana Menteri.
- Eris See-To dipanggil ke IPD Brickfields untuk diambil keterangan.
- Hantaran Sian See mempersoal penggunaan perkataan 'lighad' dalam ucapan PM.
- Kes itu dirujuk ke Bukit Aman selepas pemeriksaan awal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Isu lighad: Eris See-To dipanggil beri keterangan berhubung hantaran di media sosial (this story)








