PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen meraih kemenangan sulungnya pada Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura pada Ahad, sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut musim ini dan kemenangan ke-73 sepanjang kariernya di Litar Jalan Raya Marina Bay.Pelumba Belanda itu meneruskan momentum kemenangan selepas menjuarai Grand Prix Bahrain minggu lepas yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia.Pelumba Ferrari Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala pelumba Mercedes yang juga pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli melengkapkan podium di tempat ketiga.Kemenangan di Singapura itu merupakan kemenangan kedua Verstappen musim 2026, yang diraih pada hujung minggu Grand Prix F1 ke-250 sepanjang kariernya.Keputusan itu melonjakkan Verstappen ke tangga keempat dalam kedudukan kejuaraan pelumba dengan 221 mata, manakala Antonelli kekal mendahului dengan 340 mata.Verstappen berkata kemenangan itu hadir pada waktu yang tepat selepas mempamerkan prestasi mantap di litar jalan raya yang mencabar itu."Kami mempunyai kelajuan yang diperlukan dan perlu memanfaatkannya dengan tayar lembut dan sederhana, walaupun saya fikir tayar sederhana agak sukar untuk semua pelumba."Namun, semuanya berjalan lancar dan sudah tentu saya sangat gembira dapat menang di sini," katanya dalam temu bual selepas perlumbaan.Beliau berkata, Red Bull Racing mencatat prestasi positif dalam beberapa perlumbaan kebelakangan ini dan kekal bermotivasi untuk meraih keputusan lebih baik dalam baki perlumbaan musim ini."Pasukan ini terdiri daripada kumpulan yang hebat. Saya benar-benar seronok bekerja bersama mereka dan diharapkan kami dapat terus menikmati lebih banyak kejayaan hingga penghujung tahun," katanya. - Bernama
Verstappen juarai GP Singapura buat kali pertama, catat 2 kemenangan berturut-turut

Key takeaways
Max Verstappen memenangi Grand Prix Singapura untuk pertama kali, mencatat kemenangan kedua berturut-turut musim ini.
- Verstappen meraih kemenangan ke-73 dalam kariernya di Litar Jalan Raya Marina Bay.
- Charles Leclerc dan Kimi Antonelli menempati kedudukan kedua dan ketiga masing-masing.
- Kemenangan ini meningkatkan kedudukan Verstappen ke tangga keempat dalam kejuaraan pelumba.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Verstappen mula GP Singapura di petak pertama
- Harian Metro Verstappen ungguli GP Singapura
- Berita Harian Verstappen juarai GP Singapura buat kali pertama
- Harian Metro Verstappen lega lebur badi GP Singapura
- Sinar Harian Verstappen juarai GP Singapura buat kali pertama, catat 2 kemenangan berturut-turut (this story)








