SELEPAS membantu Malaysia menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas acara berpasukan sepak takraw Sukan Asia, tekong kebangsaan, Muhammad Haziq Hairul Nizam meraikan pula detik bahagia apabila sah bergelar suami.Haziq, 25, menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Nuraini Mohd Amin dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Sabtu.Majlis yang berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang itu turut dihadiri rakan seperjuangannya dalam skuad sepak takraw negara.Menariknya, enam pemain Program Podium turut menjadi pengiring pengantin lelaki sambil membawa barang hantaran perkahwinan.Mereka ialah Zulfikri Wajawwa Zulhanifa, Kamarul Ezzad Kamarul Imran, Jefri Ahmad, Nazrein Daniel Kamal Mustafa, Wazir Madi dan Zuhri Zain.Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) turut berkongsi gambar pasangan pengantin itu menerusi laman sosial rasminya pada Ahad.Kehadiran rakan sepasukan memeriahkan majlis berkenaan mencerminkan keakraban mereka yang bukan sahaja berkongsi perjuangan di gelanggang, malah turut meraikan detik penting dalam kehidupan masing-masing.Haziq sebelum ini menjadi antara tonggak skuad negara yang mencipta sejarah pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.Malaysia menamatkan penantian selama 36 tahun untuk meraih emas acara berpasukan selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final di Gimnasium Taman Mizuho, Nagoya, pada 25 September lalu.Kecemerlangan Haziq tidak terhenti di pentas antarabangsa apabila dia turut membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Sumbangsih Liga Sepak Takraw (STL) musim 2026/27.Negeri Sembilan memulakan kempen dengan kemenangan ke atas Perak menerusi keputusan 15-9, 8-15, 15-5 pada aksi di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kuala Lumpur, Selasa lalu.Haziq turut menjadi pemain kebangsaan ketiga mendirikan rumah tangga tahun ini selepas tekong, Syahir Rosdi dan perejam, Shahalril Aiman Halim.
Tekong emas Sukan Asia akhiri zaman bujang

Key takeaways
Muhammad Haziq Hairul Nizam, tekong sepak takraw negara, berkahwin setelah membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan Asia.
- Haziq berkahwin di Dewan Majlis Bandaraya Seremban dengan Nuraini Mohd Amin.
- Rakan sepasukan dan pemain Program Podium hadir dalam majlis perkahwinan tersebut.
- PSM berkongsi gambar pasangan pengantin di laman sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD SYAHIR KASSIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Emas Sukan Asia paling bermakna buat Amirul
- Sinar Harian Tekong emas Sukan Asia akhiri zaman bujang (this story)








