SHAH ALAM: Aveta Malaysia memperkenalkan Nova 250 G Elite Edition, model edisi eksklusif yang terhad kepada 128 unit sahaja, pada harga RM14,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans, sempena pembukaan G Elite Motor dan Aveta Elite Centre.

Model edisi terhad itu menampilkan warna eksklusif, grafik unik dan nombor siri individu, selain disertakan helmet sepadan warna motosikal bagi setiap pembelian.

Daripada segi teknikal, Nova 250 G Elite Edition berasaskan model standard Nova 250 yang menggunakan enjin satu silinder SOHC berkapasiti 244.3 cc dengan penyejukan cecair, menghasilkan kuasa maksimum 25.5hp dan tork 23Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Antara kelengkapan model standard itu termasuk sistem brek ABS dua saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).