CHICAGO: Pelari jarak jauh sensasi Kenya, Amos Kipruto mempamerkan penguasaan mutlak apabila menjuarai kategori lelaki Marathon Chicago dengan catatan masa 2 jam 1 minit 9 saat, hari ini sekali gus menebus kekecewaannya selepas tewas di tempat kedua pada tahun lalu.

Kipruto yang tewas kepada pelari Uganda, Jacob Kiplimo pada edisi 2025 dengan jurang 91 saat, tampil merencana kebangkitan sempura kali ini apabila beraksi sendirian di garisan penamat selepas menghasilkan corak larian yang taktikal dan tanpa cela.

Pelari dari Ethiopia, Tadese Bikila melintasi garisan penamat di tempat kedua dengan masa 2 jam 2 minit 56 saat, manakala rakan senegaranya, Milkesa Mengesha di kedudukan ketiga selepas mencatat masa 2 jam 3 minit 46 saat.