SEBERANG PERAI – Malaysia merekodkan pendaratan sebanyak 97,240 tan metrik tuna dan spesies seumpamanya bernilai kira-kira RM980 juta pada tahun lalu, sekali gus membuktikan potensi industri perikanan bernilai tinggi itu untuk terus dikembangkan.

Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan Jabatan Perikanan, Ruzaidi Mamat berkata,menerusi Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030, kerajaan menyasarkan pendaratan sebanyak 150,000 tan metrik menjelang 2030.

“Pertambahan vesel pengangkut juga dijangka membantu memperkukuh keupayaan industri tuna tempatan serta meningkatkan keyakinan pasaran terhadap hasil perikanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran vesel pengangkut tuna (carrier vessel) Kha Yang 666 milik Kha Yang Marine Sdn. Bhd. di Dermaga Dalam, Butterworth di sini, hari ini.