Istanbul: Satu projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di timur Arab Saudi pada lewat Sabtu, menurut pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki, mengumumkan insiden berkenaan menerusi hantaran di platform media sosial X, namun tidak memberikan butiran lanjut. Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

Insiden itu merupakan kejadian pertama yang dilaporkan membabitkan projektil jatuh berhampiran lapangan terbang di Dammam, bandar terbesar di Wilayah Timur Arab Saudi, ketika ketegangan yang membabitkan kumpulan Houthi di Yaman semakin meningkat.

Lapangan terbang itu menggantung sementara operasinya pada awal Sabtu susulan serangan yang menyebabkan beberapa orang cedera, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.