JASIN: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan menjalinkan persefahaman politik dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi merealisasikan usaha penyatuan ummah.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, berkata kerjasama itu diharap dapat direalisasikan menerusi kesepakatan antara kedua-dua parti.
"Rundingan masih berjalan, tapi saya yakin UMNO akan bekerjasama dengan PAS pada PRN Melaka. Saya sangat-sangat yakin usaha penyatuan ummah ini akan dilaksanakan.
"Marilah kita sama-sama berdoa supaya penyatuan ummah ini dapat dijayakan," katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama jentera BN DUN Serkam di Umbai di sini, hari ini.








