Ipoh: Semua sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Perak akan beroperasi seperti biasa, esok, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri ini merekodkan bacaan di bawah 150 setakat jam 2 petang tadi.
"Sehubungan itu, semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM Perak hendaklah beroperasi seperti biasa.
"Pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU dan perkembangan keadaan jerebu melalui data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya dalam kenyataan, hari ini.









