GEORGE TOWN : Sesi persekolahan di Pulau Pinang esok berjalan seperti biasa berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan kualiti udara di negeri ini masih berada di bawah paras 100.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), selain sekolah, semua institusi pendidikan yang berkaitan juga akan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, sebarang perubahan tertakluk kepada arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) serta pihak berkuasa berkaitan jika ada.

“JPNPP bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU melalui sumber rasmi dan menilai perkembangan kualiti udara di lokasi masing-masing.