ANUGERAH muzik MTV 2026 melabuhkan tirai untuk edisi ke-46 di Teater Peacock Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mengiktiraf kecemerlangan penggiat seni. Majlis gilang gemilang itu dihoskan oleh Snoop Dogg dengan 23 kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah lima momen yang paling mencuri perhatian untuk MTV VMA tahun ini.
Vokal Sombr, Raye dilihat gagal tandingi aura George Michael
Tidak hanya Taylor Swift, malah Sombr dan Raye juga menuai kritikan apabila dikatakan gagal membawakan persembahan tribute mendiang George Michael. Sombr memulakan persembahan medley menerusi lagu Father Figure dan Faith.
Namun persembahan tersebut dilihat serba tidak kena apabila vokalnya dilaporkan tidak cukup solid.









