GUA MUSANG: Seorang ibu dan bayi perempuannya maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta serta sebuah motosikal di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh 3 di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, ibu dan bayi tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.

Selain itu, suami kepada wanita berkenaan yang merupakan pemandu kereta jenis Perodua MyVi parah selepas tersepit dalam kemalangan tersebut serta seorang lagi pemandu Perodua MyVi jenis G3.

Pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta Perodua MyVi jenis SE dan penunggang motosikal turut mengalami kecederaan.