KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) tidak menerima sebarang laporan pembatalan penerbangan dalam kalangan ahlinya susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata jemaah yang sudah menempah penerbangan melalui agensi pelancongan dan dijadualkan berlepas dalam beberapa hari akan datang setakat ini tidak melaporkan sebarang masalah.

"Saya belum menerima sebarang laporan dalam kumpulan kami berhubung pembatalan penerbangan.

"Bagi yang sudah membuat tempahan dan dijadualkan berlepas, setakat ini tiada masalah dilaporkan," katanya.