MANCHESTER: Barisan bintang Manchester City dilaporkan mula bimbang dan didakwa sudah mula bertanya kepada ejen masing-masing sama ada mereka boleh melepaskan diri daripada kontrak sekiranya kelab itu diusir keluar dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Juara lapan kali EPL itu itu kini dalam keadaan cemas selepas didapati bersalah melanggar 114 peraturan liga berkenaan.

City yang konsisten mengekalkan pendirian bahawa mereka tidak bersalah sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya bebas.

Jika keputusan terbabit kekal, antara hukuman berat yang menanti termasuklah gelaran juara ditarik balik, potongan mata serta penyingkiran rasmi daripada kancah EPL.