sukan@hmetro.com.my
Rembau: Dua peringkat terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 menjadi medan buat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli melancarkan serangan terakhir bagi memburu podium.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, laluan Peringkat 7 dan 8 yang lebih landai memberi ruang kepada Aiman untuk kembali menggunakan kekuatannya sebagai pelumba 'breakaway' dalam usaha mencipta keputusan terbaik sebelum perlumbaan melabuhkan tirai di Putrajaya.
Katanya, Aiman mempunyai masa untuk memulihkan tenaga selepas mengharungi dua peringkat mencabar dengan penamat di Cameron Highlands dan Genting Highlands, sekali gus membolehkan pelumba berusia 27 tahun itu tampil lebih agresif pada dua peringkat terakhir.






