REMBAU – Dua peringkat terakhir Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) disifatkan sebagai medan terbaik buat pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli untuk melancarkan serangan terakhir bagi memburu podium.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, profil laluan Peringkat 7 dan 8 yang berstatus landai memberi kelebihan taktikal kepada pelumba berusia 27 tahun itu untuk membuktikan kemampuannya.
Jelas Emir, selepas melepasi dua zon pendakian mencabar di Cameron Highlands dan Genting Highlands, Aiman kini mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan tenaga bagi tampil lebih agresif sebelum saingan melabuhkan tirai di Putrajaya.









